July 10, 2002 12:16am

Aku dah suka kat Dr. Maria. Dia dah suka senyum.:) Dia kata aku muda lagi. Dia kata aku talented.Dia kata aku ada ramai orang sayang aku. Jadi tak ada sebab kenapa aku tak mahu hidup lagi.

"Doktor dah baca Honeybiru?"

"Sudah.." dia senyum.

"Doktor tak marah Sera tulis Sera tak suka doktor?"

"Buat apa nak marah..that's my job to help people."

"Doktor tak nak tulis jurnal?"

"Doktor tak ada bakat menulis macam Sera.."kemudian dia senyum lagi.

Wohoo! Petang yang indah! Walaupun esok hari Rabu aku tentu akan ke sekolah!

Life is SO great,isn't it Rafthah?

Aku ada banyak homework, tak sempat nak menulis jurnal setiap hari. Silalah datang lagi pada September nanti, masa tu aku dah cuti. Honeybiru pasti akan kembali.

Cheers and please take care.+